Anugerah Planet Muzik 2006

Setelah Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Planet Muzik pula mengambil tempat. Alangkah bertuahnya karyawan dan seniman negara kita mendapat pengiktirafan. Lebih menggembirakan APM ini merupakan medan pertarungan 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Sekali lagi, acara ini dilangsungkan dari Singapura iaitu di Max Pavillion dan dipancarkan terus melalui rangkaian Astro Ria di Malaysia. Menariknya banyak bakat-bakat baru dari negara kita mendapat pengiktirafan melalui beberapa pencalonan. Tidak kurang daripada itu, mereka juga membawa pulang trofi 'tangan yang menggengam dunia' itu.
Apa yang HE suka tentang APM ini adalah persembahannya. Saban tahun APM menjanjikan persembahan-persembahan yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Selalunya kita dapat melihat kolaborasi beberapa penyanyi yang sememnagnya sedang hangat dan berbakat.
Pada tahun ini seperti biasa APM menonjolkan lagi kolaborasi bakat-bakat muda seperti Nikki, Zahid dan Taufik. Tidak ketinggalan Jac yang diletakkan pada kemuncak persembahan yang menunjukkan bakat baru kita memang diiktiraf oleh seniman luar terutamanya di kalangan negara ASEAN.
Kemenangan beberapa nama dan bakat yang diconkil dari realiti TV sungguh memberangsangkan. Nama Nikki (Artis Baru terbaik), Jac (Artis Wanita Terbaik) dan MAwi (Lagu Popular) memberi gambaran bahawa proses mencungkil bakat di Malaysia bukan sekadar komersil, sebaliknya telah mewujudkan barisan pelapis penyanyi negara.
Siti Nurhaliza pula masih ulung sebagai yang terpopular di kalangan artis wanita di negara ASEAN. Sebaliknya kepopularan Mawi belum benar-benar melangkaui 'world' tiga negara APM ini. Nampaknya kehebatan undi rakyat singapura terhadap Taufik Batishah tidak mampu dilawan oleh peminat Mawi untuk gelaran Artis Lelaki popular. Ini menunjukkan siapa peminat Mawi sebenarnya (jangan marah nanti tua)
Walau bagimanapun kehebatan penyanyi lelaki masih milik Indonesia apabila dirangkul Marcel dan Duo/Kumpulan Terbaik disapu oleh Peterpan.
Berikut adalah anugerah-anugerah yang diumumkan: (HE tidak masukkan Anugerah untuk sebarang kategori untuk Artis SIngapura)
- Artis Baru Terbaik (Lelaki)
- Artis Baru Terbaik (Wanita)- Nikki
- Duo/Berkumpulan Terbaik - Maliq & D'Essential
- Artis Lelaki Terbaik - Marcel
- Artis Wanita Terbaik - Jaclyn Victor
- Duo/Berkumpulan Terbaik - Peterpen
- Lagu Terbaik - Dealova (OST Dealova) - Once
- Album Terbaik - Senyawa - Chrisye
- Anugerah Khas APM - Loloq
HE ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
NIkki dan Jac atas kejayaan mereka.