HE baru sempat mengadap blog hari ini. HE hanya mampu merenung dari jauh sahaja blog HE ni. Almaklum saja dengan kesibukan HE yang tidak terkawal ini. Banyak perkara yang HE tidak dapat lakukan untuk blog dalam kesibukan HE ini walaupun HE ambil tahu juga kedudukannya.
American Idol terpaksa HE ketepikan kerana sibuk. HE bercadang akan meneruskan ulasan MAlaysian Idol tetapi nampak gayanya hajat tidak kesampaian tahun ini. Memang ada kekurangannya pemilihan juara tahun lepas kerana Daniel yang sebegitu telah tewas kepada Nita yang jelas pada persaingan final itu menunjukkan siapa sepatutnya menang. HE memang hairan dengan peristiwa itu. Seperkara lagi Daniel masuk pula persaingan akhir untuk Hits Satu Syyy Jeng Jeng Jeng nanti. HE ingatkan orang sudah lupa dengan Daniel, rupanya ada juga orang masih gilakan mamat itu. Tak mengapa lah kita lupakan saja perkara yang sudah lepas itu.
Tahun ini akan diadakan pula One In The Million (OITM). Konsep seanggatan dengan Malaysian Idol tetapi penyertaan terbuka. Mawi, Jac, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan sesiapa sahaja yang merasakan mereka layak untuk memperolehi nilai suara sejuta ringgit itu adalah diminta untuk menghadiri uji bakat. Cuma yang berbeza adalah pemilihan 12 peserta terakhir atau finalis (tidak kira berapa orang) akan ditentukan oleh juri. SMS akan digunakan pada persaingan finalis 12 tersebut. Jika di dalam Malaysian Idol, penentuan finalis 12 dibuat melalui SMS di dalam workshop tetapi di dalam OITM juri memainkan peranan.
Seperkara lagi tentang berita hari ini yang mana kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemibinaan jambatan indah yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bagi menggantikan Tambak Johor.
HE sebenar memang tidak suka dengan keputusan tersebut tetapi HE berpandangan kerajaan lebih arif dengan keputusannya. Walaupun HE berpandangan permintaan Singapura untuk menggunakan ruang udara dan perbekalan pasir itu tidak munasabah bagi menggantikan Jambatan Indah tersebut tetapi adakah kita boleh memastikan ruang udara kita tidak dicerobohi dengan menghentikan projek Jamabatan Indah tersebut.
HE berserah kepada tuhan apa yang berlaku, moga negara kita terus dipelihara dan aman makmur. Amin