Sukan Asia Kuala Lumpur tinggal kenangan
Semalam HE menonton promo Sukan Asia Doha di Qatar yang bakal berlangsung pada 1-15 Disember 2006 nanti. Rasa kesal menyelubungi diri HE ketika itu kerana membayangkan Kuala Lumpur yang sepatutnya menjadi tuan rumah bagi sukan ini.

Pada tahun 2000 Kuala Lumpur telah menawarkan diri menjadi calon tuan rumah sukan ini setelah berjaya menganjurkan sukan Komenwel ke-15 pada tahun 1998. HE masih ingat keinginan itu adalah semangat mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sekiranya kita berjaya mengajurkannya maka peluang untuk menganjurkan Olimpik bertamabah cerah. Walau bagaimanapun perlu ada pembangunan sukan yang lebih jitu jika Olimpik menjadi sandaran penganjuran namum sekiranya kita ada kemahuan sudah pasti ada jalannya.
Jika dahulu, siapa akan dapat menyangka kita mampu menganjurkan Grand Prix F! di Sepang dan mempunyai team Sauber Petronas.? Semunya mesti dimulakan dengan langkah pertama. Sekiranya tidak, sudah pasti kita akan tewas sebelum bertarung, walhal pada hakikatnya kita mampu melakukannya.

Setelah pengunduran dan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003, negara kita berada di pentas terakhir untuk menentukan finalis sebagai calon tuan rumah Sukan Asia ke 15, malangnya pada ketika itu usaha Dato Azalina hasil kesinambungan Tun Dr. Mahathir musnah kerana kerajaan di bawah pimpinan Dato' Abdullah Ahmad Badawi seoalh-olah tidak memperakukan tujuan pengajuran tersebut. (ini hanya pandangan HE, nanti kena masuk mahkamah pula HE membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri).
Kerajaan Pak Lah mungkin merasakan penganjuran tersebut akan menyebabkan defisit terhadap modal negara. Mungkin pada ketika itu beliau masih baru di dalam tampuk pemerintahan jadi mungkin kawalan kewangan memainkan peranan dalam pentadbirannya.
HE lihat pengajuran sukan ada dua perkara yang kita boleh lihat, pertamanya kita akan membawa kepada penyediaan atlit negara yang cemerlang. Walaupun tidak 100% kita dapat melahirkan pemenang pingat emas tetapi kita sekurang-kurangnya wujud di dalam finalis yang mampu mencabar mereka yang merupakan gergasi sukan dunia.
Seperkara lagi, Pak Lah perlu melihat bahawa pengajuran sukan besar seperti Suakn Asia dan Sukan Olimpik ini sebenarnya dapat mewujudkan perpaduan kaum dan juga rasa cinta dan semangat sayangkan negara. Perkara seperti ini sebenarnya kita tidak boleh ukur dengan wang. Jika diukur dengan wang sememangnya kita ternampak akan rugi tetapi dalam jangka masa panjang suasana dan sikap itu akan menguntungkan negara. Cuba kita lihat semasa upacara pembukaan rasmi Sukan Komenwel 1998 di Kuala Lumpur, kita dapat lihat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat menjayakannya dan ini merupakan satu program perpaduan negara secara tidak langsung. Pelajar, penonton dan semua masyarakat duduk didalam satu suara menyokong atlit negara dnegan laungan Malaysia Boleh. Itu amat membuatkan saya sebak.
Sayangnya perkara sudah berlalu. Tunggu lagi beberapa tahun untuk pengajuran edisi akan datang. Harapan saya Pak Lah akan menyokong modal insan di dalam bidang sukan pula bukan semata-mata latihan terhadap kerjaya sahaja. Sukan juga boleh dijadikan sebahagian daripada punca pendapatan hidup.
HE:- Ingin jadi sukarelawan olimpik jika Malasyai menjadi tuan rumah
Posted at 01:30 pm by HE
Permalink
Keputusan Spektakular 1 - American Idol 5
Maafkan HE kerana tidak sempat membuat ulas kritis persembahan minggu pertama American Idol. Pada hari yang sama HE menonton upacara pembukaan Melbourne 2006. Pada semalam, Keputusan penyingkiran telah dilakukan.
Menggunakan tema lagu-lagu Steive Wonder agak menyukarkan beberapa peserta kerana kemampuan vokal mereka tidak sama. Malah genre mereka juga berbeza dengan tema. Namum beberapa peserta menyerlah dengan identiti mereka sebaliknya dengan rasa ketidak yakinan yang terlampau terhadap genre tersebut menampilkan beberapa peserta nampak tidak bermaya.

Ryan Seacrast, pengacara American Idol semasa mengumumkan bottom three semalam memanggil nama Ace Young yang merupakan pilihan yang tidak dijangka oleh semua kerana berdasarkan suara dan kegilaan penonton, nama Ace tidak mungkin dipanggil. Nama kedua dipanggil adalah Melissa McGee dan seterusnya adalah Lisa Tucker seorang peserta termuda berusia 16 tahun.
Dalam penentuan awal, Ace telah diumumkan masih kekal dan meninggalkan Melissa dan Lisa dalam keadaan tanda tanya. Secara jelas, Melissa terkeluar persaingan apabila nama Lisa disebut untuk meneruskan persaingan. Kepastian yang HE boleh katakan, Melissa sepatutnya terlebih dahulu keluar berbanding Ayla pada minggu lepas. Apa juga keputusannya HE harap Kavin dikeluarkan selepas ini.
Posted at 09:11 am by HE
Permalink
Pembukaan Sukan Komenwel ke 18 di Bandar raya Melbourne
Pembukaan Sukan Komenwel edisi ke-18 di bandar raya Melboune semalam
merupakan lagi kegemilangan upacara sukan yang telah bermula di
Himilton Kanada. Negara kita juga telah menjadi tuan rumah edisi ke-16
di Kuala Lumpur yang menjadi negara pertama di Asia mengajurkan sukan
kedua terbesar selepas Sukan Olimpik iaitu pada tahun 1998.

Tahun
2002 di Manchester, England telah membukn tirai SUkan Komenwel ke-17
dengan tema yang agak keremajaan. Lebih dengan muzik rancak dan
nyanyian pop.
Kali ini di Melbounre Australia konsepnya agak
klasikal dan operatik. Walaupun HE suka akan gubahan lagunya tetapi HE
nampak kini, persembahan pembukaan lebih kepada persembahan multimedia.
Lantai pandang yang direka khas dijadikan latar atau layar sebarang
paparan grafik.
Semasa di Manchester 2002 lagi kaedah
ini telah dilakukan tetapi di Melbourne, penggunaannya lebih lagi.
Gimik Tram (pengangkutan awam) Melbourne di'terbang'kan dari bumbung
stadium kriket Melbourne ke tengah gelanggang sesuatu yang menarik
tetapi itu menjadikannya sukar pula dibawa keluar kemudiannya maka
persembahan di sungai Yarra seperti pyro dan bunga api diperbanyakkan
di luar untuk penonton seluruh dunia di alihkan ke luar stadium. Jika
HE di stadium sudah pasti menyesal membeli tiket kerana lebih baik
menonton di rumah.

Kisah kanak-kanak dan itik sangat menarik tetapi kaedahnya seperti
persembahan pembukaan Athens 2004. Penggantungan manusia sudah di buat
di Sydney 2000 juga jadi kaedah tersebut pada HE sudah agak basi.
Cuma
perarakan perbarisan sudah sedikt berlainan dengan mengatur mengikut
benua. Malah perabirisan tersebut tidak lama walaupun ada pertambahan
kontigen pada edisi kali ini.
Kerapkali upacara pembukaan
kita akan melihat kemuncaknya adalah nyalaan obor tetapi untuk sukan
komenwel adalah baton ratu. Bagi HE baton ratu Melborne merupakan
sesuatu yang unik reka bentuknya. Kali ini pembawa baton ada yang
berjalan di atas air sebagai gimik tetapi baton masih lagi disampaikan
melalui tangan di dalam stadium. Mungkin pada masa akan datang,
penyerahan baton kepada ratu dibuat secara berlainan.

Pengisytiharan pembukaan oleh ratu Elizabeth disahut dengan persembahan
bunga api seterusnya dan diakhiri dengan persembahan oleh penyanyi
tempatan,Delta Goodrem dan manusia-manusia berhias pyro yang HE rasa
menjadi tema sukan olimpik musim sejuk di Turin bulan lepas. Secara
asasnya HE rasa persembahan pembukaannya memang penuh gliter,
spektakular dan ekstravaganza tetapi kurang elemen kreatif. Formasi
manusia semakin kurang dalam persembahan upacara pembukaan kerana
bantuan grafik multimedia. Cuma semasa upacara pembukaan olimpik musim
sejuk di Turin bulan lepas atau Torino 2006, masih menggunakan manusia
sebagai animasi melakukan ski dan ia sesuatu yang yang mengkagumkan.
HE:- inilah 'hadiah' daripada penjajahan
Posted at 02:20 pm by HE
Permalink
Pada ujung minggu ini, jadual HE padat juga. menziarahi saudara mara dan aktiviti boling.
Pada 10-11 Mac lalu, Anugerah Emmy versi Malaysia atau Anugerah Sri Angkasa telah mengiktiraf lagi insan-insan seni khasnya individu dalam bidang penyiaran atau dalam erti kata lain, orang-orang TV dan radio.
HE sebenarnya suka jika matlamat dan tujuannya penganjurannya dapat dicapai sebaliknya seperti tiada keserasian yang sebenar lagi antara penyiar-penyiar di negara kita ini. Walaupun majlisnya sudah nampai lebih meriah tetapi penyertaan belum betul-betul meriah. HE memang banyak nak cerita tentang ASA ini tetapi HE terlalu sibuk. Minggu ini HE akan ada peperiksaan jadi HE terpaksa kurangkan aktiviti blog ini.
Pada awal tahun, HE ada kata resolusi dan azam HE tahun ini akan cuba dilaksanakan dan salah satunya HE perlu mencapai aras yang pertama iaitu kursus yang HE sedang ambil ini iaitu kursus statistik. Lusa HE akan ambil peperiksaan. Doakan HE berjaya.
Ada perisitiwa yang HZE nak ceritakan juga iaitu tentang aktiviti Jom boling bersama Radio Muzik yang HE pergi hujung minggu lepas. Itu pun HE nak coretkan di sini nanti. tunggu ...
Posted at 07:17 pm by HE
Permalink