Blog Seni HE



<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, April 20, 2006
Wajah Baru

HE ingin maklumkan kepada semua bahawa, blog HE akan berwajah baru dan beralamat baru. Alamat yang sedia ada ini HE akan link kepada alamat yang baru.

Semua ini akan dilaksanakan pada HARI PEKERJA iaitu 1 Mei nanti. Tunggu kemunculannya. Pada mulanya HE ingin melancarkannya pada 4 Julai nanti sempena ulang tahun kedua blog ini tetapi HE rasa tidak sempat pula HE nak memulakan ulasan One In A Million nanti.

Tunggu jangan tak tunggu.


Posted at 05:49 pm by HE
Terdapat (1) Pendapat  

Wednesday, April 12, 2006
HE benar-benar sibuk

HE baru sempat mengadap blog hari ini. HE hanya mampu merenung dari jauh sahaja blog HE ni. Almaklum saja dengan kesibukan HE yang tidak terkawal ini. Banyak perkara yang HE tidak dapat lakukan untuk blog dalam kesibukan HE ini walaupun HE ambil tahu juga kedudukannya.

American Idol terpaksa HE ketepikan kerana sibuk. HE bercadang akan meneruskan ulasan MAlaysian Idol tetapi nampak gayanya hajat tidak kesampaian tahun ini. Memang ada kekurangannya pemilihan juara tahun lepas kerana Daniel yang sebegitu telah tewas kepada Nita yang jelas pada persaingan final itu menunjukkan siapa sepatutnya menang. HE memang hairan dengan peristiwa itu. Seperkara lagi Daniel masuk pula persaingan akhir untuk Hits Satu Syyy Jeng Jeng Jeng nanti. HE ingatkan orang sudah lupa dengan Daniel, rupanya ada juga orang masih gilakan mamat itu. Tak mengapa lah kita lupakan saja perkara yang sudah lepas itu.

Tahun ini akan diadakan pula One In The Million (OITM). Konsep seanggatan dengan Malaysian Idol tetapi penyertaan terbuka. Mawi, Jac, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan sesiapa sahaja yang merasakan mereka layak untuk memperolehi nilai suara sejuta ringgit itu adalah diminta untuk menghadiri uji bakat. Cuma yang berbeza adalah pemilihan 12 peserta terakhir atau finalis (tidak kira berapa orang) akan ditentukan oleh juri. SMS akan digunakan pada persaingan finalis 12 tersebut. Jika di dalam Malaysian Idol, penentuan finalis 12 dibuat melalui SMS di dalam workshop tetapi di dalam OITM juri memainkan peranan.

Seperkara lagi tentang berita hari ini yang mana kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemibinaan jambatan indah yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bagi menggantikan Tambak Johor.

HE sebenar memang tidak suka dengan keputusan tersebut tetapi HE berpandangan kerajaan lebih arif dengan keputusannya. Walaupun HE berpandangan permintaan Singapura untuk menggunakan ruang udara dan perbekalan pasir itu tidak munasabah bagi menggantikan Jambatan Indah tersebut tetapi adakah kita boleh memastikan ruang udara kita tidak dicerobohi dengan menghentikan projek Jamabatan Indah tersebut.

HE berserah kepada tuhan apa yang berlaku, moga negara kita terus dipelihara dan aman makmur. Amin

Posted at 09:56 pm by HE
Terdapat (1) Pendapat  

Saturday, March 25, 2006
Anugerah Planet Muzik 2006

Setelah Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Planet Muzik pula mengambil tempat. Alangkah bertuahnya karyawan dan seniman negara kita mendapat pengiktirafan. Lebih menggembirakan APM ini merupakan medan pertarungan 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sekali lagi, acara ini dilangsungkan dari Singapura iaitu di Max Pavillion dan dipancarkan terus melalui rangkaian Astro Ria di Malaysia. Menariknya banyak bakat-bakat baru dari negara kita mendapat pengiktirafan melalui beberapa pencalonan. Tidak kurang daripada itu, mereka juga membawa pulang trofi 'tangan yang menggengam dunia' itu.

Apa yang HE suka tentang APM ini adalah persembahannya. Saban tahun APM menjanjikan persembahan-persembahan yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Selalunya kita dapat melihat kolaborasi beberapa penyanyi yang sememnagnya sedang hangat dan berbakat.

Pada tahun ini seperti biasa APM menonjolkan lagi kolaborasi bakat-bakat muda seperti Nikki, Zahid dan Taufik. Tidak ketinggalan Jac yang diletakkan pada kemuncak persembahan yang menunjukkan bakat baru kita memang diiktiraf oleh seniman luar terutamanya di kalangan negara ASEAN.

Kemenangan beberapa nama dan bakat yang diconkil dari realiti TV sungguh memberangsangkan. Nama Nikki (Artis Baru terbaik), Jac (Artis Wanita Terbaik) dan MAwi (Lagu Popular) memberi gambaran bahawa proses mencungkil bakat di Malaysia bukan sekadar komersil, sebaliknya telah mewujudkan barisan pelapis penyanyi negara.

Siti Nurhaliza pula masih ulung sebagai yang terpopular di kalangan artis wanita di negara ASEAN. Sebaliknya kepopularan Mawi belum benar-benar melangkaui 'world' tiga negara APM ini. Nampaknya kehebatan undi rakyat singapura terhadap Taufik Batishah tidak mampu dilawan oleh peminat Mawi untuk gelaran Artis Lelaki popular. Ini menunjukkan siapa peminat Mawi sebenarnya (jangan marah nanti tua)

Walau bagimanapun kehebatan penyanyi lelaki masih milik Indonesia apabila dirangkul Marcel dan Duo/Kumpulan Terbaik disapu oleh Peterpan.

Berikut adalah anugerah-anugerah yang diumumkan: (HE tidak masukkan Anugerah untuk sebarang kategori untuk Artis SIngapura)
  1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
  2. Artis Baru Terbaik (Wanita)- Nikki
  3. Duo/Berkumpulan Terbaik - Maliq & D'Essential
  4. Artis Lelaki Terbaik - Marcel
  5. Artis Wanita Terbaik - Jaclyn Victor
  6. Duo/Berkumpulan Terbaik - Peterpen
  7. Lagu Terbaik - Dealova (OST Dealova) - Once
  8. Album Terbaik - Senyawa - Chrisye
  9. Anugerah Khas APM - Loloq
HE ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada NIkki dan Jac atas kejayaan mereka. 


Currently watching:
Memoirs of a Geisha




Posted at 01:55 am by HE
Kalau Rajin Bagi Komen  

Thursday, March 23, 2006
American Idol 5 - Minggu 2

Hai semua, HE kembali. Lega rasanya sebahagian daripada masalah rangkaian di pejabat HE telah selesai dan HE boleh duduk dengan senang. Sejak dua minggu seminggu yang lepas, panas rasanya kerusi HE tetapi apakan daya, sudah menjadi kerja HE.  Tambahan pula kerja HE ini melibatkan boss yang keras kepala dan merasakan keputusan dia betul sahaja.

Walau bagaimanapun HE tetap menonton kesebelasan peserta MAerican Idol semalam walaupun HE masih pening dengan problem pejabat.

Semalam menyaksikan persembahan lagu pilihan daripada Barry Manilow. Apa yang HE namapka hampir kebanyakan peserta menampilkan dirinya sendiri dan kembali kepada kekuatan persembahan masing-masing.

Mandisa - I dont Hurt Anymore
He boleh maklumkan bahawa inilah dia ratu suara dalam persaingan ini. Tiada siapa boleh melangkauinya sekiranya bakatnya dipandang.

Backy - Because The Night
HE minta dia keluar kerana elemen rock mahupun counmtry yang dibawanya sangat tidak menarik minat HE. Malah persembahannya biasa sahaja.

Chris - I walk The Line
Dengan mendapat tepukan yang gemuruh diakhir persembahan menunjukan lelaki ini memang sukar untuk dikeluarkan pada awal-awal persaingan ini. Persembahan dan kawalan vokalnya tersendiri dan dia tampil dengan begitu profesional.

Kathrine - Come rain or Come Shine
Gadis ini memang seksi dan suaranya juga begitu menyerlah. Malah persembahannya yang bersahaja memang memperlihatkan dia seperti sudah biasa di gelanggang persembahan. Malah Barry juga memuji suaranya.

Kellie - Walking After Midnight
Bagi HE, Kellie mempunyai suara country yang baik tetapi, He tidak meramalkan ratu country akan dinobatkan lagi pada musim ini.  Apa yang HE namapik tarikan Kellie adalah gelagatnya dan ke'blur'annya.

Lisa - Why Do Fools Fall In Love
Memang power dan hebat walaupun masih muda. Ini merupakan aset yang baik buat America, walaupun begitu jika tidak menang, Lisa masih boleh buat album kerana dia memang berbakat.

Paris -Fever
Paris menyanyikan lagu Fever yang memang seksi lagunya. HE sangat tertarik gaya persembahan vokalnya yang berlainan daripada lagu asal tetapi lebih segar. Paris tidak akan keluar minggu ini.


Posted at 06:09 pm by HE
Kalau Rajin Bagi Komen  

Next Page