|
Walau bagaimanapun HE tetap menonton kesebelasan peserta MAerican Idol semalam walaupun HE masih pening dengan problem pejabat. Semalam menyaksikan persembahan lagu pilihan daripada Barry Manilow. Apa yang HE namapka hampir kebanyakan peserta menampilkan dirinya sendiri dan kembali kepada kekuatan persembahan masing-masing. Mandisa - I dont Hurt Anymore He boleh maklumkan bahawa inilah dia ratu suara dalam persaingan ini. Tiada siapa boleh melangkauinya sekiranya bakatnya dipandang. Backy - Because The Night HE minta dia keluar kerana elemen rock mahupun counmtry yang dibawanya sangat tidak menarik minat HE. Malah persembahannya biasa sahaja. Chris - I walk The Line Dengan mendapat tepukan yang gemuruh diakhir persembahan menunjukan lelaki ini memang sukar untuk dikeluarkan pada awal-awal persaingan ini. Persembahan dan kawalan vokalnya tersendiri dan dia tampil dengan begitu profesional. Kathrine - Come rain or Come Shine Gadis ini memang seksi dan suaranya juga begitu menyerlah. Malah persembahannya yang bersahaja memang memperlihatkan dia seperti sudah biasa di gelanggang persembahan. Malah Barry juga memuji suaranya. Kellie - Walking After Midnight Bagi HE, Kellie mempunyai suara country yang baik tetapi, He tidak meramalkan ratu country akan dinobatkan lagi pada musim ini. Apa yang HE namapik tarikan Kellie adalah gelagatnya dan ke'blur'annya. Lisa - Why Do Fools Fall In Love Memang power dan hebat walaupun masih muda. Ini merupakan aset yang baik buat America, walaupun begitu jika tidak menang, Lisa masih boleh buat album kerana dia memang berbakat. Paris -Fever Paris menyanyikan lagu Fever yang memang seksi lagunya. HE sangat tertarik gaya persembahan vokalnya yang berlainan daripada lagu asal tetapi lebih segar. Paris tidak akan keluar minggu ini. |
| Leave a Comment: |